Semakan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2009/2010Semakan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2009/2010 Semua calon yang memohon untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sesi 2009/2010 boleh menyemak keputusan masing-masing pada 19 Jun 2009 mulai pukul 12.00 tengah hari.Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Prof Datuk Dr. Ir. Radin Umar Radin Suhadi berkata, bagaimanapun keputusan itu tidak membabitkan calon yang memohon untuk memasuki Universiti Sains Malaysia (USM).Katanya, ini kerana USM telah mengumumkannya pada 30 Mei lalu selaras dengan statusnya sebagai universiti yang melaksanakan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex).“JPT hanya mengumumkan calon yang layak memasuki 19 IPTA lain dan senarai calon yang menerima tawaran USM telah digugurkan dari data pangkalan JPT bagi mengelakkan pertindihan tawaran.“Hanya calon yang mengemukakan permohonan melalui JPT dan gagal mendapat atau menolak tawaran ke USM sahaja akan diproses untuk dipertimbangkan dalam pemilihan kemasukan ke 19 IPTA lain yang diselaraskan oleh JPT,” katanya di sini.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai penyelarasan pengambilan ke ijazah pertama IPTA sesi akademik 2009/2010 di sini hari ini.Jumlah permohonan kemasukan kes IPTA, termasuk USM bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/matrikulasi/setaraf adalah 61,027 calon.Kesemua IPTA itu akan memulakan sesi pengajian akademik masing-masing pada 28 Jun 2009.(Sumber : Utusan Malaysia)
不会吧,19号到28号 才短短一礼拜,如果中西马的话,wahseh,要很赶叻,该想想什么东西现在能准备的。。可是,没头续啊~~~我是不是要提早庆祝生日??呵呵
2009年6月10日星期三
come on come on!!!!
Posted by --Wendy-- at 08:12
订阅:
博文评论 (Atom)
0 comments:
发表评论